KEAJAIBAN AL QURAN
Dr Zakuan Zainy Deris
Essei ini memenangi hadiah saguhati Pertandingan Menulis Essei sempena Minggu Penghayatan Al Quran anjuranPusat Islam USM, Kampus Kesihatan.
Pengenalan
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang
(hendak) bertakwa. (Al Baqarah 2)
Al Quran merupakan kitab wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada rasulNya yang mulia
Muhammad s.a.w lebih empat belas abad yang lalu. Ia diturunkan secara berperingkat-peringkat memakan
masa lebih dua puluh tahun. Ayat-ayatnya
terbahagi kepada dua zaman iaitu makiyyah dan
madaniyyah sesuai dengan keadaan zaman dan
penerimaan para sahabat r.a. Ia tidak berubah dan
tidak dapat ditandingi sehingga akhir zaman. Al
Quran merupakan mukjizat yang teragung untuk
dipelajari, dijadikan panduan dan diamalkan oleh
seluruh umat manusia sepanjang zaman.
Mukjizat yang diberikan kepada rasulrasul
lain lebih berupa keajaiban yang dapat
dilihat dengan mata, dipegang dengan tangan dan
dirasa dengan lidah. Nabi Musa a.s sebagai
contohnya diberikan keupayaan oleh Allah untuk
menukar tongkatnya menjadi seokor ular yang
besar yang mengalahkan semua ular ahli-ahli
sihir. Apabila kaumnya kelaparan, Nabi Musa a.s.
dapat memberikan makanan melalui hidangan daripada langit. Apabila dikejar Firaun, Nabi musa boleh
menggunakan tongkatnya untuk membelah Laut Merah. Nabi Isa a.s pula berupaya mengubat penyakitpenyakit
yang ganjil, yang tidak dapat diubat oleh orang biasa. termasuk menghidupkan orang mati.
Semua mukjizat ini dapat diakui oleh seorang yang tidak berpelajaran sekalipun sesuai dengan umat pada
masa tersebut.
Berbanding dengan mukjizat rasul terdahulu, al Quran dapat dirasai keajaibannya oleh orang yang
berilmu dan menggunakan akal fikirannya. Al Quran lebih mencabar kepada minda dan pemikiran
manusia. Dari semua sudut, al Quran lebih tinggi daripada apa yang boleh dibayangkan oleh manusia.
Dari sudut sastera, al Quran lebih hebat daripada semua sajak dan syair yang ada. Dari sudut sejarah, al
Quran membukti ketepatan sejarah yang sangat jitu. Dari sudut ramalan masa depan, al Quran dibukti
tepat dengan beberapa peristiwa yang berlaku sesudah wahyu diturunkan kepada Muhammad s.a.w. Dari
sudut sains pula, al Quran sangat agung yang dibuktikan tepat setelah berabad-abad ia diturunkan.
Perkara ini sangat mustahil dapat diterangkan oleh seorang yang tidak tahu membaca dan menulis seperti
Muhammad s.a.w. sekiranya beliau tidak mendapat petunjuk wahyu daripada Allah s.w.t.
Kita dapat melihat salah satu keajaiban al Quran adalah tentang pro
Keajaiban Penciptaaan Manusia menurut al Quran
Manusia dicipta bermula daripada persenyawaan setitis air mani yang mengandungi sperma di
dalamnya. Ini disebut di dalam al Quran
Banyak lagi ayat-ayat lain yang menceritakan tentang penciptaan manusia bermula daripada
persenyawaan sperma dalam air mani ini. Ayat ini juga meletakkan pendengaran lebih dahulu daripda
penglihatan. Ini sesuai dengan hakikat penciptaan manusia yang mana mereka boleh mendengar sejak
dalam rahim lagi tetapi boleh melihat hanya selepas dilahirkan. Dalam al Quran juga, secara jelas
menceritakan bahawa bukan semua air mani yang digunakan untuk menjadikan manusia tetapi sebaliknya
hanya sebagainya sahaja. Firman Allah:
Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
(Al Qiyamah 37)
Perkataan yang digunakan oleh Allah dalam
ayat ini adalah “nutfatam min maniiyin yumna” yang
bermaksud sebahagian daripada air mani yang
dipancarkan. Di dalam surah al Sajdah ayat 8, Allah
menggunakan perkataan “sulalah” yang bermaksud
saripati, iaitu bahagian yang paling baik dalam satu-satu
campuran.
Air mani tersebut tidak boleh berkembang
dengan sendiri menjadi manusia seperti yang dipercayai
oleh orang terdahulu semasa Al Quran diturunkan.
Tetapi sebaliknya air mani itu mesti bercantum dengan
telur daripada kaum hawa untuk menjadi manusia.
Firman Allah:
Dia diciptakan dari air (mani) yang memancut
(ke dalam rahim); Yang keluar dari "tulang
sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan
(At-Thariq 6-7)
Sulbi dan taraib dalam ayat ini dijelaskan oleh Dr Zakir Abdul Karim Naik sebagai tempat di mana
keluarnya salur darah yang membekalkan darah kepada testis (kilang sperma) dan ovari (kilang telur)
terletak antara tulang sulbi dan tulang dada1. Iaitu saluran darah testicular artery dan ovary artery bermula
dari satu tempat antara tulang sulbi dan tulang dada. Ini dibuktikan benar oleh sains moden bahawa
saluran darah ke testis dan ovari berasal daripada abdominal aorta dan renal artery bukannya berasal dari
salur darah setempat.
Jantina bagi manusia ditentukan oleh sperma daripada bapa bukannya telur daripada ibu. Ini
dijelaskan oleh Allah dalam ayatnya:
Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan
perempuan. Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim)
(An Najm 45-46)
Dalam ayat lain Allah menyebut:
Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan
(ke dalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah
beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan
menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? Lalu Tuhan
menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan
(Al Qiyamah 37-39)
Perkara ini dibuktikan tepat oleh sains moden iaitu jantina
manusia ditentukan oleh sperma yang mempunyai genetik XY bukannya
telur yang hanya mempunyai sejenis genetik XX sahaja.
Perkembangan manusia di dalam rahim disebut secara jelas di
dalam Al Quran sebanyak tiga peringkat. Firman Allah:
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami
ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu
menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging.
Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat
keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(Al Mu’minun 14)
Peringkat-peringkat ini di dalam istilah Al Qurannya disebut sebagai “alaqah”, “mudghah” dan
“Nasy-ah”. Alaqah sering disebut oleh orang arab sebagai benda yang bergantung seumpama lintah2. Ini
jelas menggambar-kan peringat zygote iaitu peringkat pertama setelah hasil persenyawaan melekat di
dinding rahim. Mudghah pula adalah seumpama daging atau chewing gum yang dikunyah. Ia biasanya akan
meninggalkan kesan gigi pada bahan yang dikunyah tersebut. Peringkat mudghah ini dikenali dalam istilah
anatomi sebagai peringkat embryo berlaku daripada minggu ke lima hingga ke lapan kandungan. Bentuk
seperti gigitan itu adalah peringkat pembentukan tulang belakang primitive yang dikenali sebagai somite.
Di akhir peringkat mudhgah terdapat peringkat pembentukan organ disebut di dalam al Quran sebagai
‘idzama. Pembentukan organ ini berlaku dengan pembentukan daging kemudian pembentukan tulang dan
kemudiannya otot-otot membaluti tulang tersebut pula. Bermula dari akhir minggu ke lapan, embryo ini
menjadi seolah-olah makhluk lain. Peringkat ini disebut dalam al Quran sebagai nasy-ah. Peringkat ini
hampir semua organ telah terbentuk dan mula berfungsi.
Perkara ini dibuktikan tepat setelah teknologi mikroskop dan endoskop berkembang dalam abad
ke 20. Mustahil seorang yang tidak tahu membaca dan menulis seperti Rasulullah s.a.w. dapat
menerangkan perkembangan dengan peringkat-peringkat yang terperinci sebegini.
Apa yang menariknya, ayat tentang penciptaan manusia di dalam Al Quran disudahi dengan
konsep ketuhanan yang agung iaitu Allah sebaik-baik pencipta. Di dalam ayat lain, Allah mencabar manusia:
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang
kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada
tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari
tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari
seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami
jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu
(kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang
mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan
lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu
dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di
antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang
dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan
sesuatu yang telah diketahuinya dahulu dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat
bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah
tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah
ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
(Al Haj 5)
Harun Yahya dalam bukunya The Miracle of Human Creation3 menekankan bahawa tidak ada
sebarang syak bahawa Allah yang mengawal setiap peringkat perkembangan manusia dalam kandungan
ibu, yang menentukan kelahiran manusia di alam ini dan yang menentukan saat kematian manusia. Jadi
sudah semestinya manusia tunduk dan patuh kepada Allah selaku penciptanya dan penjaganya itu.
Penutup
Sudah jelas bahawa keajaiban penciptaan manusia atau keajaiban lain yang ditunjukkan oleh al
Quran bukanlah untuk dikagumi sahaja oleh manusia. Ianya adalah untuk dijadikan petunjuk bagi
manusia dan seterusnya meyakini bahawa al Quran benar-benar datang daripada Allah. Manusia patut
menginsafi kelemahan diri sendiri dan seterusnya menuruti sebarang perintah Allah tanpa sebarang
persoalan.
Firman Allah:
Mengapa kamu sanggup engkar kepada Allah, padahal kamu dahulunya tiada, lalu Allah
menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-
Nya-lah kamu dikembalikan? (Al Baqarah 28)
Rujukan
1. Zakir Abdul Karim Naik. Quran and Modern Science: Compatible or Incompatible. Saba Islamic
Media Kuala Lumpur Malaysia (2004)
2. Harun Yahya. Miracle of the Quran. Al-Attique Publishers Inc. Canada (2001)
3. Harun Yahya. The Miracle of Human Creation Goodword Books New Delhi, India (2003
Tidak ada komentar:
Posting Komentar